Friday, 12 August 2011

30 Rahsia Wanita Yang Tidak Diketahui Lelaki

  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Blog Selamat Diterima Utusan Online!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Alhamdulillah, dah masuk hari yang ke-12 kita berpuasa. 2 hari lagi genaplah 2 minggu kita bersama Ramadhan. Seperti yang kamu semua dapat lihat, blog peribadi Ana dah berjaya dihias dengan tema kemerdekaan. Siapa yang tolong designkan ya? Haruslah anak lelaki Ana yang macho ni. Dia ada blog jugak tapi lebih meriah dari blog Ana yang serba serbi baru ni la.

Tengahari tadi Ana dah submit borang penyertaan untuk Kempen Hias Laman Web/Blog Utusan Online 2011. Saja mencuba nasib, mana tau rezeki Ana tahun ni. Tapi keterangan gambar yang dipaparkan banyak kesalahan ejaan. Ana rasa Ana dah eja dengan betul setiap patah perkataan sebab Ana paste dari notepad.

Ni printscreen blog Tinta Mashana yang Ana dah submit.

Thursday, 11 August 2011

Kempen Hias Laman Web/Blog Utusan Online 2011


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia! 

Tahukah anda, dengan hanya menghias laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini, anda berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500! Syaratnya begitu mudah; setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.

Anda hanya perlu lengkapkan borang penyertaan yang disediakan di sini dan muat naik screenshot web/blog anda untuk dinilai.  Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:

Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang

 

Tinta Mashana Copyright © 2011 Designed by Tinta Mashana